Kanak-kanak indigo atau anak indigo, anak nila (Bahasa Inggeris: Indigo Children) ialah konsep Zaman Baru kanak-kanak yang terbaru lahir di dunia ini. Anak ini memiliki sifat yang unik yang membezakan generasinya dengan generasi sebelumnya. Istilah indigo (biru nila) ini menunjukkan warna aura dalam warna kehidupan mereka. Indigo sendiri juga terkait dengan indera keenam yang terletak pada cakra mata ketiga yang menggambarkan intuisi dan kekuatan batin yang luar biasa tajam generasi ini melebihi kemampuan orang kebanyakan. Banyak dari mereka memiliki kelebihan dengan bakat yang luar biasa atau secara akademik berprestasi. Anak yang mengalami indigo ini mampu menunjukkan empati yang sangat dalam dan mudah merasa hiba, serta tampak bijaksana untuk anak seusianya.
Kanak-kanak indigo datang ke dunia dengan pelbagai misi. Kebanyakan daripada mereka merupakan pendobrak suatu susunan yang salah. Mereka bertugas meluruskan ketidakbenaran dan ketidaksamaan yang berlaku di sekelilingnya. Hal ini ditunjukkan dengan perilaku mereka yang tidak patuh dan kesulitan dalam menjalankan dengan sistem yang ada, misalnya saja penolakan dan sikap kaku terhadap system pendidikan yang ada.
Kanak-kanak indigo juga sering menunjukkan perilaku memberontak terhadap suatu pemerintahan, tidak patuh terhadap aturan atau adat, kesulitan dalam mengelola emosinya, sensitif atau rapuh. Tidak jarang pula anak menunjukkan sikap yang sangat dingin dan tidak punya perasaan. Terkadang orang akan melabel anak dengan indikasi gangguan ADD (attention deficit disorder). Bentuk perilaku tersebut terkadang menyebabkan kesulitan bagi anak-anak ini dalam melewati masa kanak-kanak, bahkan dalam melewati masa remaja (Chapman. 2006).
Menjadi indigo tidaklah mudah, tapi hal itu merupakan suatu tugas yang harus dijalankan. Kanak-kanak indigo merupakan salah satu orang yang hadir dan membawa hal yang baru terhadap suatu kemajuan di bumi ini.
Berikut ini merupakan ciri khas kanak-kanak indigo:
Dalam menangani kanak-kanak indigo ini yang perlu diperhatikan adalah bahawa mereka memiliki kesulitan dalam menguruskan emosinya. Pada beberapa anak hal ini disebabkan karena permasalahan kecemasan, kemungkinan perilaku obsesif kompulsif atau kepanikan yang berlebih (panic attack). Penyebab lain muncul kerana mereka berusaha keras untuk belajar dan memahami cara yang masih tradisional ataupun kebiasaan rutin. Sehingga tidak jarang bagi mereka akan memiliki harga diri yang rendah dan mudah menyerah dalam mengerjakan yang diberikan (tugas sekolah misalnya). Terkadang beberapa anak indigo menunjukkan reaksi kemarahan, depresi, bahkan menyakiti diri sendiri yang berlebih yang tidak dapat dijelaskan secara logik bahkan menakutkan bagi orangtuanya.
Kanak-kanak indigo memiliki getaran tenaga yang tinggi dengan pola yang menetap, yang kemudian ditunjukkan dengan aura warna indigo pada tubuhnya. Getaran tertinggi ini mencipta perbezaan terhadap fungsi tubuh dan otak pada anak indigo. Kebanyakan daripada mereka berfikir dengan menggunakan otak kanan. Saat stress anak kemudian mengembangkan tatacara dalam otak, yang bahaya di kalangan pemikiran logis dan muat berfikir rasional, sehingga muncul reaksi emosional yang berlebih. Ada pula anak yang menunjukkan dengan perilaku marah, kesedihan atau ketakutan yang mendalam bahkan kecemasan yang berlebih.
Memahami tenaga asas dan mampu mengamati keadaan tenaga pada saat Kanak-kanak indigo sedang tidak stabil sangatlah membantu bagi orang tua atau terapis, terutama saat bekerja sama dengan anak ini. Diperlukan adanya pemahaman dasar mengenai tenaga dengan mengajarkan pada mereka cara melindungi diri. Hal lain yang tidak kalah penting iaitu dengan mengajar anak indigo dan orang tuanya terhadap teknik dalam menyeimbangkan tenaga dan cara untuk mengurangkan tahap stress pada anak, sehingga anak tidak terpengaruh pada tenaga yang negatif.
Istilah "kanak-kanak indigo" pertama kali dikemukakan oleh Nancy Anne Tapp, seorang cenayang pada sekitar tahun 1970-an. Nancy Anne mengaku memiliki kemampuan untuk melihat aura seseorang dan ketika itu ia melihat anak-anak dengan aura indigo yang belum pernah ada sebelumnya. Ringkasnya kanak-kanak indigo memiliki karakteristik yang sama. Mereka mempunyai empati yang tinggi dan umumnya memiliki perilaku yang tidak lazim untuk anak seusianya.
Para pengikut New Age menganggap bahawa kewujudan kanak-kanak indigo merupakan sebagai jawapan untuk memperbaiki dunia. Namun sebaliknya, banyak juga orang yang beranggapan bahawa kanak-kanak dengan karakteristik seperti itu adalah penderita kelainan perilaku yang sering diindentifikasi sebagai hiperaktif.
Sampai sekarang tiada bukti darpiada bidang sains bahawa terdapat kanak-kanak indigo di dunia ini.
Unlock the Potential of Indigo in Industry
NewsDec.12,2024
The Versatility of Sulphur Dyes
NewsDec.12,2024
The Versatility of Bromo Indigo
NewsDec.12,2024
The Timeless Appeal of Indigo
NewsDec.12,2024
The Role of Sulphur Black in Textile Dyeing
NewsDec.12,2024
The Power of Sulphur Dyes in Textile Production
NewsDec.12,2024
The Importance of Indigo Blue Dye in the New Era
NewsNov.26,2024